Telekung Ereena

Telekung Ereena
Telekung Ereena, koleksi eksklusif terbaru daripada Manar Exclusive. Direka khas buat wanita yang mendambakan keselesaan dan ketenangan dalam setiap sujud.
Diperbuat daripada material Ayraa Crepe yang lembut, sejuk, dan selesa dipakai walaupun dalam cuaca panas, fabriknya juga ironless, tidak perlu digosok namun kekal kemas dan terletak elok apabila disarung.
Awning muka yang lembut dan memeri menyesuaikan diri dengan pelbagai bentuk wajah (11.5–12 inci), memberikan keselesaan maksimum tanpa rasa ketat.
Fabriknya pula cukup tebal dan tidak jarang (level 7–8), tidak melekap di badan serta memastikan penutupan aurat yang sempurna dan menenangkan ketika beribadah.
Menambah nilai praktikal, Telekung Ereena didatangkan dengan poket tersembunyi pada kain untuk menyimpan barang kecil seperti tisu atau kunci, dan dibungkus dalam pouch bag eksklusif yang anggun.
Dihasilkan dengan jahitan kemas, metal tag minimalis, dan disempurnakan dengan semburan wangian lembut, koleksi ini memberikan pengalaman beribadah yang lebih damai, yakin, dan bermakna.
Color |
Black, White, Pink, Light Pink, Sand, Mint Green, Gray, Dark Brown |
---|---|
Add-On Kotak Hadiah |
Nak Kotak, Taknak Kotak |